Wednesday 11 September 2013

Lawatan Sambil Belajar Jawatankuasa PPDa ke Agensi Anti Dadah Kebangsaan

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Seperti yang telah dimaklumkan, SMKMP telah dipilih untuk menyertai pertandingan lorong PPDa peringkat kebangsaan dan kami merupakan wakil tunggal Negeri di Bawah Bayu dalam kategori tersebut.Salah satu persediaan kami ialah melawat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yang terletak di Tingkat 5, Plaza Wawasan, Kota Kinabalu. Lawatan tersebut telah diadakan pada 9 September 2013 bersamaan hari Isnin yang lalu. Seramai 11 orang ahli jawatankuasa PPDa telah dipilih untuk menyertai lawatan tersebut diiringi 3 orang guru PPDa merangkap kaunselor sekolah.


Setelah tiba, kami disambut mesra oleh pekerja di sana dan kemudian kami dibawa melawat sekitar Pejabat AADK oleh Timbalan Pengarah agensi itu sendiri, Pn, Elmariah Chung.


Beliau telah membawa kami melawat sekitar pejabat AADK sambil memberi penerangan ringkas mengenai unit-unit yang terdapat dalam agensi tersebut. Kami juga sempat bertemu dengan pengarah AADK Sabah, iaitu En. Bakri bin Bibi.
Selepas itu, kami dibawa masuk ke Bilik Mesyuarat untuk sesi soal jawab. Banyak maklumat baru telah kami peroleh. Kami juga sempat berbincang cara-cara untuk meningkatkan kesedaran mengenai pencegahan dadah dalam kalangan masyarakat.


Lawatan ke Pejabat Agensi Anti Dadah Kebangsaan di Plaza Wawasan tersebut merupakan pengalaman yang berharga dan peluang keemasan kepada pihak UBK dan jawatankuasa PPDa Majakir untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pendidikan pencegahan dadah. Terima kasih diucapkan kepada AADK yang telah sudi menerima kedatangan kami. Diharapkan kerjasama antara SMKM dan AADK akan kekal dan juga diharapkan murid dapat meningkatkan pengetahuan dan kesedaran mengenai peri pentingnya pencegahan dadah. :)





No comments:

Post a Comment