Tuesday 3 September 2013

Perbezaan Di Antara HIV Dan AIDS

Berikut merupakan perbezaan di antara HIV dan AIDS;

HIV adalah singkatan daripada Human Immunodeficiency Virus, iaitu sejenis virus yang bertindak melemahkan dan memusnahkan sistem daya tahan badan manusia. HIV telah dikenalpasti sebagai virus yang menyebabkan AIDS. Bila seseorang itu disahkan telah dijangkiti HIV, orang itu dipanggil sebagai HIV positif ini tidak bermakna dia menghidapi AIDS.
arak1
AIDS adalah singkatan daripada Acquired Immune Deficiency Syndrome atau dalam Bahasa Melayunya Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit. AIDS merujuk kepada kumpulan penyakit-penyakit yang dihidapi oleh orang-orang yang HIV positif, akibat sistem daya tahan badan yang lemah atau musnah. Di antara penyakit-penyakit ini termasuklah jangkitan-jangkitan oportunistik (iaitu yang mengambil kesempatan) seperti radang paru-paru, batuk kering, thrush (selaput putih pada lidah dan dalam mulut), beberapa jenis barah dan beberapa jenis penyakit kulit seperti kayap.

No comments:

Post a Comment