Tuesday 24 September 2013

MAKLUMAT DADAH JENIS OPIAT


Pengenalan

Opiat juga dikenali sebagai narkotik adalah bahan yang digunakan dalam perubatan untuk menidurkan atau melegakan kesakitan,tetapi mempunyai potensi yang tinggi untuk menyebabkan ketagihan.Sebahagian daripada opiat ,seperti candu,morfin,heroin dan kodein diperoleh daripada getah buah popi yang terdapat atau berasal dari negara-negara Timur Tengah dan Asia.Lain-lain jenis opiat seperti metadon adalah dadah sintetik/tiruan.
Jenis Opiat
Candu Mentah
Candu Mentah juga dikenali sebagai Black Stuff,Opium Madat,Pen Yeh,O dan Tar.apabila buah popi muda ditoreh,ia mengeluarkan getah putih yang bertukar menjadi pekat dan berwarna coklat atau hitam.Bahan ini dinamakan candu mentah. Ia mempunyai bau kuat, menganjal (elastic) apabila masih segar dan menjadi keras jika terdedah pada udara.



Candu Masak

Candu masak merupakan candu yang telah disediakan untuk dihisap.Ia diperoleh melalui proses ringkas melibarkan pencampuran candu mentah dengan air yang kemudiannya dipanaskan dan ditapis untuk mengasingkan kekotoran seperti habuk daun popi.Bahan tapisan ini terus dipanaskan sehingga pekat.Candu masak berwarna coklat gelap dan berupa seperti tar apabila segar.Ia menjadi keras apabila dibiarkan.Candu masak kadang-kadang berupa seperti cerutu yang berwarna hitam,coklat atau keemasan dan mempunyai buih-buih kecil.candu masak boleh dimakan,dihisap dengan menggunakan paip atau dengan cara chasing the dragon.

Tahi Candu
Tahi candu ialah sisa bakaran atau arang candu masak yang telah dihisap.Ia mungkin terdapat dalam bentuk until terbakar ataupun kikisan dari paip candu.Tahi candu boleh digunakan semula dengan mencampurkannya dangan air dan can candu mentah ke candu masak.


Morfin
Dikenali juga sebagai M, White Stuff,White Powder,Monkey,Dreamer, Morph, Morb,Cubes,Emsel dan Melter.Morfin ialah sejenis alkaloid yang diperoleh daripada candu mentah.Dalam pasaran gelap,ia selalunya diperoleh sebagai morfin mentah,bes morfin(morphine base) atau morfin sulfat atau morfin hidroklorid.Ia terdapat dalam bentuk blok,serbuk atau pil.Cara menggunakan morfin adalah dengan menyuntik larutan morfin atau menelan pil-pil morfin.

Morfin Mentah
Morfin mentah didapati dalam bentuk blok atau serbuk.Bentuk blok selalunya berukuran 5 cm 3 10 cm 3 15 cm dan beratnya di antara 1,200 gm hingga 1,500 gm walaupun saiz dan berat blok mungkin berbeza-beza dari putih ke coklat gelap dan kebanyakannya mempunyai tanda ‘999’.Blok-blok ini pada umumnya mengandungi 70%-90% morfin hidroklorid.Dalam bentuk serbuk,morfin mentah berwarna putih atau coklat dan berbiji halus.Bentuk ini diperoleh setelah blok morfin mentah dibahagikan atau setelah blok tersebut dihancurkan sejurus sebelum morfin mentah diproses menjadi heroin.Di tempat-tempat tertentu di Asia Tenggara,ia kadang-kadang disebut sebagai ‘Heroin no.1’



Bes Morfin
Bes morfin ialah sejenis alkoloid yang diperoleh secara langsung daripada candu.kadang-kadang ia mempunyai bau seperti serbuk kopi halus.Kandungan morfin yang terdapat di dalamnya adalah antara 60%-70%.
Pil Morfin
Pil-pil mengandungi morfin sulfat atau morfin alkolid yang dikeluarkan secara sad kerapkali dipesongkan ke pasaran gelap. Pil-pil ini kecil dan berwarna putih atau coklat pucat.
Bes Heroin
Bes heroin merupakan diasetil morfin sebelum ia diproses menjadi diasetil morfin hidroklorid yang dicampurkan dengan bahan-bahan campuran seperti kafein, striknin,kuinin dan skopolamin seperti yang terdapat dalam Heroin No.3.Bes heroin merupakan heroin yang belum siap dikeluarkan.Bes heroin kering merupakan pepejal yang boleh dihancurkan dengan tangan untuk menjadi serbuk. Warnanya berbeza-beza dari kelabu pucat ke coklat gelap.Di tampat-tampat tertentu di Asia Tenggara,ia dikenali sebagai ‘Heroin no.2’
Heroin No.3 

Di Malaysia,Heroin No.3 juga dikenali sebagai Fit,Fun,Tepung,Cik Putih,Barang dan Penang Pink kerana ianya berwarna merah jambu.Tidak kira di mana ia dikeluarkan,Heroin no.3 dikenali dengan pelbagai nama seperti Hong Kong Rocks, Brown Sugar,Chinese Heroin dan White Dragon Pearl.Pada umumnya ,ia terdapat dalam bentuk ketul-ketulan walaupun kadang-kadang ia dihancurkan menjadi serbuk dan mempunyai warna berbeza-beza dari coklat muda ke kelabu gelap. Bahan campuran utama ialah kafein,walaupun kadang-kadang barbiturat dicampurkan ketika proses menghasilkannya.Ketulan Heroin no.3 mengandungi diasetil morfin di antara 25%-45%.Kadangkala terdapat juga sampel-sampel yang mempunyai peratus ketulinan di luar lingkungan ini.Kandungan kafein dalam Heroin no.3 di antara 30%-60%.Mungkin terdapat juga sejumlah kecil bahan-bahan lain seperti striknin,kuinin dan skopolamin.Heroin jenis ini digunakan dengan cara menyuntik,menghidu,menghisap dan chasing the dragon.


Heroin No. 4

Heroin No.4 berbentuk serbuk halus berwarna putih atau putih kuning dengan kandungan sehingga 98% diasetil morfin hidroklorid.Hasil daripada pembersihan yang dijalankan ketika pengeluaran,heroin jenis ini mengandungi sedikit kekotoran bahan campuran apabila diniagakan secara haram pada peringkat borong.Walau bagaimanapun,ia selalunya sudah bercampur dengan bahan-bahan lain seperti laktos apabila dijual kepada penagih.Heroin jenis ini selalunya digunakan secara suntikan.

Brown Heroin
Brown heroin ialah heroin yang dikeluarkan melalui proses pengeluaran tanpa pembersihan.Bahan ini berwarna coklat,mengandungi ketulan-ketulan keras dan mempunyai bau seperti cuka yang kuat.Apabila ia dicampurkan dengan bahan-bahan lain,ia kadang-kadang dipanggil sebagai street level heroin.

Heroin Black Tar
Heroin jenis ini terdapat di Amerika Syarikat dan menyerupai tar dari segi warna dan kepekatan Ia mengandungi sehingga 90% diasetil morfin berbanding dengan 2%-6% yang terdapat pada Brown Heroin.Ia larut dalam air apabila dipanaskan dan selalunya disuntik atau dihidu oleh penagih.


MAKLUMAT DADAH JENIS STIMULAN


PENGENALAN
Stimulan merupakan bahan kimia psikoaktif yang merangsang aktiviti sistem saraf pusat. Terdapat dua jenis stimulan iaitu jenis amfetamin atau "Amphetamine-type-stimulants (ATS)" dan kokainStimulan Jenis Amfetamine (ATS) merupakan sekumpulan jenis dadah perangsang yang bertindak ke atas SISTEM SARAF PUSAT atau CENTRAL NERVOUS SYSTEM (CNS) . Ia merupakan jenis dadah sintetik yang dihasilkan melalui tindakan bahan-bahan kimia.

JENIS-JENIS STIMULAN
  1. Amfetamin (Amphetamine) 
Amfetamin adalah stimulan sintetik buatan manusia. Pada masa ini tidak ada ubat yang mengandungi amfetamin yang didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah. Dadah perangsang jenis amfetamin seperti methamphetamine (ice/syabu) dan "Methylenedioxy methamphetamine" adalah dadah yang sangat berbahaya. 
contoh dadah : pil kuda, WY, Yaba
Cara Mengunakan : Menelan, menyuntik, menghisap, menyedur ("chasing the dragon")



2. Methamphetamine
Syabu / Ice

"Methaphetamine hydrochloride" merupakan satu jenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan. Ianya berbentuk kaca pecah dan kadangkala berbentuk seperti tawas. Contoh "methaphetamine hydrochloride" yang biasanya terdapat di Malaysia ialah syabu. Syabu lazimnya diproses secara haram dan tidak mempunyai kegunaan dari aspek perubatan.


Alat untuk "chasing the dragon"
Cara Mengunakan : Menghisap, menyedut ("chasing the dragon")
Nama Jalanan : "Ice"





3. Kokain
Serbuk KokainKokain adalah serbuk putih yang berasal daripada daun koka yang terdapat di Peru, Bolivia dan Colombia di Pergunungan Andes, Amerika Selatan. Ia banyak digunakan di negara-negara Amerika Utara, Selatan dan Tengah di samping negara-negara Eropah. 




Cocaine Snorting
Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap
Nama Jalanan : "Coke", "Crack", "Snow", "Flake"

Kokain "Freebase" adalah bes kokain yang bebas daripada segala campuran dan dihisap dalam bentuk tulen dengan menggunakan paip khas. Kokain "Crack" adalah campuran kokain dengan serbuk penaik dan berbentuk "granusles". "Crack" mempunyai ketulenan sehingga 90% dan sangat berbahaya kerana ia boleh menyebabkan ketagihan teruk dalam masa yang singkat.


4. MDMA

Table yg mengandungi MDMA (Pil Ecstasy)
"Methylenedioxy-methamphetamine" (MDMA) merupakan analo meskalin dan amfetamin. 

Ia dipanggil "feel good drug" dan boleh meningkatkan daya tahan pengguna. Pil MDMA seringkali dibentuk dengan ikon atau logo bagi memenuhi cita rase pengguna muda.

Cara Menggunakan : Menelan
Nama Jalanan : "Ecstasy", "XTC"


KESAN PENGAMBILAN
Kesan serta-merta pengambilan bahan menyebabkan euforia, tidak mengantuk, tidak lapar ataupun letih tetapi lama-kelamaan menyebabkan kebergantungan yang berpanjangan yang mengganggu fungsi sosial di dalam masyarakat.

MAKLUMAT DADAH JENIS INHALAN

Pengenalan

Inhalan ialah bahan kimia yang mengandungi bahan psikoaktif yang dihasilkan daripada pelarut organik dan bahan meruap. Ia juga dikenali sebagai bahan hiduan atau sedutan yang mudah meruap dan dihidu atau disedut untuk menimbulkan kesan psikoaktif atau merangsangkan perubahan minda.


Jenis-jenis Inhalan
  • Pelarut/Cecair
Cat, bahan pengilat, minyak tanah, petrol, gam, cecair pemadam dan dakwat pen.
  • Bahan Gas
Pemetik api, gas peti sejuk, klorofom, haloten dan nitrous oksida.
  • Aerosol
Pemetik api, pewangi, penyembur rambut dan penyembur pelindung fabrik.
  • Bahan Nitrit
Climax, poppers, rush, locker room.

Cara Penggunaan







Menghidu ATAU Sedut.

Ciri-ciri Penagih Inhalan
Pertuturan kurang jelas, mata berair dan merah, hidung berair, bau nafas yang pelik, bahan kimia pada pakaian dan penampilan seperti orang mabuk atau pening.

Kesan / Akibat
  • Serta-merta
Berhalusinasi, rasa mual dan pening, nafas tidak sekata, emosi tidak stabil, kehilangan deria sakit, fizikal tidak seimbang serta tidak mampu berdiri.
  • Jangka panjang
Kerosakan sel-sel otak (hilang daya tumpuan, mudah marah, hilang ingatan, kekeliruan, kemurungan), oksigen dalam darah berkurangan, gangguan penglihatan/buta, kerosakan organ utama badan (paru-paru, hati, ginjal, darah dan sum-sum tulang), boleh mengakibatkan kegagalan jantung berfungsi dan kematian mengejut.

Friday 20 September 2013

STATISTIK PENGAMBILAN DADAH

Laporan ini membentangkan statistik penagihan dadah yang dikesan di
seluruh negara bagi tempoh Januari-Februari 2013 yang dikumpul dan
dikeluarkan oleh AADK. Secara umumnya:-

1.1 Sepanjang bulan Januari-Februari, seramai 1,205 orang penagih telah
dikesan dan menunjukkan penurunan sebanyak 16.14% berbanding
tempoh yang sama tahun lalu (1,437 orang).

1.2 Mereka ini terdiri daripada 774 orang (64.23%) penagih baru, yang
mana berlakunya penurunan sebanyak 5.38% berbanding 818 orang
bagi tempoh yang sama tahun lalu. Manakala penagih berulang pula
adalah seramai 431 orang (35.77%), mengalami penurunan sebanyak
30.37% berbanding tahun sebelumnya (619 orang).

1.3 Secara purata, seramai 287 penagih baru dan 216 penagih berulang
telah dikesan setiap bulan (Jadual 1).


Monday 16 September 2013

Bahaya dihydrodesoxymorphine (Krokodil) Dadah terbaru





Ciptaan dadah jenis baru ini telah mula menjadi ketagihan di kalangan  penagih dadah di 
Rusia. Dadah jenis ini digelar sebagai Krokodil (buaya).Dadah ini mempunyai kesan  yang terlampau drastik apabila ia menjadikan daging, tulang, serta kulit seperti dihakis dan membunuh sel-sel saraf dengan pantas.ia menjadikan kerosakan tisu yang kritikal, radang urat darah, kanser, pemotongan anggota badan pada penggunaan jangka masa panjang.






Jangka hayat bagi penagih dadah krokodil ini minima lebih kurang dalam 2-3 tahun sahaja terutama pengguna tegar (dijangkiti HIV / kanser ). Dadah jenis ini di termasuk dalam golongan
DESOMORPHINE atau (dihydrodesoxymorphine, Permonid) merupakan opiat pertama yang dipatenkan pada 1932 di Amerika Syarikat.











Tindak balasnya yang cepat dengan bermula dengan sedikit loya dan sedikit semput. Sintesis tradisional desomorphine ini bermula dari kimia yang dinamakan a-chlorocodile, terjadi disebabkan tindak balas klorida thionyl + kodein.
Dadah ini mudah dihasilkan daripada kodein, iodin dan forforus merah yang mana proses membuatnya sama seperti proses methaphetamin. Ianya mudah dibeli di kaunter farmasi disana  dan proses pembuatan boleh dijalankan di dapur rumah sahaja.Kesan  bagi pengambilan dadah krokodil ini ialah  dari 30-90 minit sahaja dan tidak lebih dari pengambilan  heroin (4-8 jam).




Dadah ini 8-10 kali lebih kuat berbanding heroin dan faktor harganya yang sangat murah iaitu 1/10 dari harga heroin ($40 perdos) yang dijual di Rusia. pengguna dadah jenis ini kerap mencampurkan KODEIN/MORFIN bagi ejakulasi khayal yang lebih.

Selain dari itu laporan dari Fox News menyatakan,"Ia adalah ubat untuk golongan miskin yang merupakan campuran codeine berasaskan  pil untuk "sakit kepala"  dan bahan-bahan isi rumah murah yang lain seperti petrol, pencair cat, iodin, asid hidroklorik dan fosforus merah"

Panggilan "buaya" untuk dadah jenis krokodil ini kerana bahan toksik yang terkandung dalam dadah ini menajadikan kulit pengguna bersisik untuk permulaan dan lama kelamaan bertukar menjadi reput. ia mungkin dapat dibayangkan seperti "orang kena penyakit kencing manis yang kakinya reput,barangkali"



Menurut sumber sebuah akhbar bebas di Rusia yang menebual dua pengguna tegar dadah krokodil ini,
Sasha dan Oleg mengakui mula mengambil krokodil kira-kira pada awal tahun 2010,

"Jika awak tersasar  dari urat, daging yang terkena suntikan  itu akan  bernanah terus,"
"Dia tidak akan pergi ke hospital, dia hanya terus  menyuntiknya . Daging beliau akan  berjatuh dan dia tidak boleh bergerak lagi,"

Agensi Kawalan Dadah Rusia mengatakan bahawa,
"Sepanjang lima tahun yang lalu, jualan tablet codeine yang menjadi  asas  telah meningkat  berpuluh-puluh kali ganda ,"
"Ia cukup jelas bahawa ia bukan kerana semua orang telah tiba-tiba mengidap  sakit kepala."
"Kami melihat di luar negara, tetapi kita tidak pernah melihat lagi kejadian ini di Amerika Syarikat,"
"Tetapi kita tidak akan terkejut apabila hari itu telah tiba."
sumber : Foxnews.com



arak1Hampir 65 juta dos krokodil telah dirampas dalam tempoh empat tahun lepas
Dadah baru yang dinamakan "K2" dikaitkan dengan menjadi "zombie" kerana sesetengah pengguna menjadi psiko,menyerang manusia atau haiwan dan mengoyak mereka dengan gigi mereka,seperti pemangsa membaham mangsa. tetapi dadah krokodil ini berbeza kerana ia dadah yang "memakan penagih itu sendiri"
(Persekutuan Perkhidmatan Kawalan Dadah Persekutuan Rusia menyatakan dalam majalah Time)