Wednesday 4 September 2013

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH HENRY GURNEY




Nama  Sekolah Henry Gurney diambil sempena pembukaan rasmi Pesuruhjaya Tertinggi British di Malaya iaitu Sir Henry Gurney. Perasmian sekoah itu juga telah dibuat pada 19 julai 1950 di Telok Mas, Melaka. Sekolah ini terletak di sebuah kawasan di tepi pantai Selat Melaka dengan keluasan sebesar 38 ekar dan jaraknya empat kilometer dari bandar Melaka. Ia bagi menempatkan golongan remaja yang telah melakukan kesalahan juvana yang berumur dari  14 tahun hingga 21 tahun dan diperintah oleh Mahkamah Juvana supaya ditahan serta menjalani pemulihan. Penubuhan sekolah ini bermula dengan penggubalan satu ordinan pada tahun 1947 yang kemudiannya membawa pada pembentukan Mahkamah Juvana. Sebelum Sekolah Henry Gurney pertama dibina di Melaka, sebahagian Penjara Muar dijadikan Sekolah Akhlak Tinggi yang pertama di Tanah Melayu bagi menempatkan golongan remaja yang diperintahkan oleh Mahkamah Juvana supaya ditahan untuk pemulihan. Selain di Melaka, Sekolah Henry Gurney juga terdapat di Kota Kinabalu dan Keningau, Sabah, Puncak Borneo, Sarawak dan Batu Gajah, Perak.

No comments:

Post a Comment