Friday 11 May 2012

DADAH MUSUH NEGARA.

TAKRIF DADAH.

** Kementerian Pendidikan Malaysia telah memberikan takrif Dadah iaitu :

semua jenis dadah berbahaya yang terkandung dalam jadual pertama akta dadah berbahaya 1952 ( pindaan 1980 / pindaan 1988 ) dengan pindaan-pindaan yang berkaitan dengannya, dalam semua bentuk ( pepejal dan cecair ).

** Sumber : Kamus Dewan Dan Pustaka.
** Dadah : Sejenis madat yang digunakan dalam bidang perubatan. Contohnya, heroin, morfin, ganja dan MX. Penyalahan dadah kini ialah penyalahgunaan dadah oleh belia.

CIRI-CIRI DADAH. 

** Dadah ialah sejenis psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri berikut :

1. Mempunyai kesan paling ketara kepada sistem saraf pusat ( otak dan saraf tunjang ) .
2. Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya salah.
3. Diperolehi secara salah.
4. Mendatangkan kesan-kesan buruk atau bahaya keatas kesihatan badan dan fungsi sosial.

KESAN NEGATIF DADAH.

** INDIVIDU **

1. Pertuturan terganggu.
2. Hilang rakan.
3. Agresif dan ganas.
4. Tidak tidur lena.
5. Depresi.

** FIZIKAL **

1. Diri tidak terurus.
2. Kadar nafas pendek dan perlahan.
3. Tubuh menggigil.
4. Degupan jantung berkurangan.
5. Dijangkiti penyakit seperti Meningitis, Tetanus, Endokartidis dan Aids.

** MASYARAKAT **

1. Gejala sosial semakin meningkat.
2. Suasana hidup tidak tenteram.
3. Perpaduan, pembangunan, dan kemajuan rakyat terjejas.
4. Perselisihan faham antara ahli keluarga terjejas.

** NEGARA **

1. Kerugian pengurangan daya pengeluaran ekonomi.
2. Kenaikan kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasaan undang-undang.
3. Kehilangan pemimpin masa depan negara.


No comments:

Post a Comment