Tuesday, 23 October 2012

PERKEMBANGAN KAMI.

Assalammualaikum semua .

Minggu ini minggu kedua terakhir persekolahan kami di Smk Majakir . Minggu ini banyak sekolah telah melawat ke bilik kaunseling Smk Majakir Papar. Terima kasih yg tidak terhingga kepada sekolah2 yg telah melawat ke bilik kaunseling kami . Kami memohon maaf sekiranya ada kekurangan semasa anda melawat ke bilik kaunseling kami.

Meskipun persekolahan akan berakhir utk tahun ini, kami berharap kepada pelajar2 utk menjauhkan diri drpd perkara yg akan merosakkan masa depan anda sebagai seorang pelajar. Jauhi dadah dri kehidupan anda, kerana ianya akan membahayakan kesihatan. Kami mendoakan kejayaan anda. Belajarlah utk kebaikan diri anda dan ciptalah kejayaan dlm hidup anda.

Sekian & salam sejahtera & salam 1 Malaysia.

Wednesday, 4 July 2012

WADAH BICARA

KASIH SAYANG MENGIKAT ERAT HUBUNGAN IBU BAPA DENGAN ANAK-ANAK YANG MEMBOLEHKAN ANAK-ANAK MEMBESARKAN DALAM SUASANA PENUH HARMONI DAN SEJAHTERA

“ Anak-anak adalah anugerah Tuhan , ibu bapa bertanggungjawab mencorak masa depan mereka yang gemilang . . . “

KELUARGA SIHAT

Keluarga sihat terdiri daripada
ahli-ahli keluarga yang sihat
dari segi fizikal, psikologi, sosial
dan kerohanian.

Ciri-ciri keluarga sihat :
  • Menginap dalam rumah yang selamat dan sempurna
  • Mempunyai pendidikan yang sewajarnya/mencukupi
  • Mengamalkan cara hidup sihat sepert makan secara sihat, bersenam secara tetap, tidak merokok dan mengamalkan kesihatan pergigian yang baik
  • Mengamalkan kesihatan reproduktif dan seksual yang optima
  • Memupuk keselamatan emosi
  • Berkomunikasi dan berinteraksi secara positif
  • Menunaikan peranan dan tanggungjawab masing-masing
  • Beriadah bersama
  • Mempunyai sumber/pendapatan yang mencukupi
  • Mengamalkan nilai agama dan moral
  • Memupuk sokongan sosial

Kepentingan keluarga sihat :

  • Keluarga sihat adalah asas bagi pembentukan sebuah negara yang sihat.Sebuah keluarga yang sihat dapat memnuhi fungsi-fungsi dari segi biologi, social dan psikologi secara optima disamping menutamakan kesihatan ahli-ahlinya dan masyarakat setempat.


Amalan keluarga sihat :
  • Makan secara sihat
  • Bersenam selalu
  • Mengamalkan kesihatan pergigian
  • Menjauhi daripada merokok
  • Mengamalkan kesihatan mental yang baik
  • Mengamalkan kesihatan reproduktif dan seksual yangoptima
  • Memastikan rumah yang selamat
  • Mengamalkan nilai agama dan moral
  • Memupuk sokongan sosial

HIV / AIDS

AIDS & HIV


Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit atau lebih dikenali sebagai AIDS (bahasa Inggeris: Acquired Immune Deficiency Syndrome) (Sindrom Kelemahan/Kekurangan Imun Perolehan atau "SKIP")) ialah satu penyakit serius disebabkan oleh virus HIV (bahasa Inggeris: Human Immunodeficiency Virus).
AIDS disebabkan oleh virus HIV yang menyerang dan memusnahkan daya ketahanan badan. Seseorang individu mendapat AIDS apabila virus HIV merosakkan sistem pertahanan tubuh badan. Sistem pertahanan badan yang tidak berfungsi menjadikan individu mudah dijangkiti bakteria dan virus-virus lain yang boleh menyebabkan sakit teruk.
Asal usul HIV
Asal usul AIDS dan HIV telah menjadi tanda tanya saintis semenjak penyakit itu mula dikenalpasti pada awal tahun 1980-an. Kes pertama yang dikenalpasti sebagai AIDS berlaku di Amerika Syarikat pada awal tahun 1980-an apabila kebanyakan lelaki homoseksual di New York dan California menunjukkan jangkitan penyakit luar biasa dan kanser yang sukar dirawat. Pada masa itu, AIDS tidak mempunyai nama tetapi jelas pesakit-pesakit tersebut menunjukkan gejala sindrom yang sama.
Pada tahun 1982, pegawai-pegawai kesihatan mula mengunakan istilah "acquired immunodeficiency syndrome" atau AIDS untuk menerangkan kejadian-kejadian jangkitan luar biasa ini seperti barah Karposi Sarcoma dan pneumonia di kalangan masyarakat yang sebelum ini sihat. Laporan dan pengesanan pesakit AIDS secara rasmi bermula pada tahun itu di Amerika Syarikat. Pada tahun 1983, para saintis menemui virus yang mengakibatkan AIDS. Virus ini pada mulanya dinamakan HTLV-III/LAV (human T-cell lymphotropic virus-type III/lymphadenopathy associated virus) oleh sekumpulan saintis antarabangsa. Nama ini kemudian ditukar kepada HIV (human immunodeficiency virus).
Buat masa ini, para saintis masih tidak jelas tentang asal usul HIV dan bagaimana ia tersebar di kalangan masyarakat manusia. Kebanyakan saintis percaya bahawa HIV berasal dari primat lain. Kemudian pada tahun 1999, sekumpulan saintis telah melaporkan bahawa mereka telah menjumpai asal-usul HIV-1, jenis utama virus HIV yang terdapat di negara-negara maju. Satu subspesis cimpanzi, yang berasal dari Barat Afrika telah dikenalpasti sebagai punca virus ini. Mereka percaya bahawa HIV-1 didedahkan kepada manusia apabila pemburu-pemburu ini didedahkan kepada darah cimpanzi yang dijangkiti oleh virus ini.
Antara kajian yang dilakukan pada masa ini mendapati HIV yang paling awal diketahui dalam manusia ialah daripada contoh darah yang diambil daripada seorang lelaki pada tahun 1959 di Kinshasa, Republik Demokratik Congo. Cara bagaimana dia dijangkiti virus ini bagaimanapun tidak diketahui. Berdasarkan analisis genetik ke atas sempel darah menunjukkan kemungkinan jangkitan itu berasal daripada satu virus pada akhir tahun 1940-an atau awal tahun 1950-an.
Bagaimana HIV bertindak ke atas badan
Lazimnya, sistem pertahanan manusia bertindak sebagai perisai yang melindungi manusia daripada bakteria, virus dan sebagainya. Apabila virus HIV masuk dalam badan, ia mula merosakkan sel pertahanan tubuh badan yang dipanggil 'CD4 helper lymphocyte' (sel pembantu CD4). Sel CD4 bertindak sebagai utusan kepada sel-sel sistem pertahanan tubuh badan yang lain, memberitahu mereka untuk melawan organisma yang menceroboh. HIV melekat dan menjangkiti sel CD4 dan mejadikan sel CD4 sebagai tempat untuk menggandakan virus HIV. Dalam proses ini, sel CD4 yang dijangkiti hilang keupayaan untuk melawan jangkitan lain.
Apabila perisai ini lemah atau hilang, individu terbabit dikatakan dijangkiti AIDS. Mereka yang mendapat AIDS, tidak mampu untuk melawan pelbagai jangkitan dan boleh juga mendapat jenis kanser yang tertentu contohnya Karposi sarcoma dan lymphoma. AIDS boleh melibatkan semua sistem dalam tubuh badan.
Tanda-tanda seseorang yang positif HIV
Seseorang yang positif HIV (HIV+) dikatakan mempunyai AIDS apabila daya pertahanan badannya telah dirosakkan oleh virus HIV dan ditimpa jangkitan HIV yang teruk. Tanda-tanda jangkitan HIV dan AIDS mungkin tidak jelas untuk beberapa tahun dan seseorang mungkin tidak mengetahui yang dia telah mendapat penyakit ini. Walaubagaimanapun individu terbabit masih boleh meyebarkan virus HIV kepada orang lain pada peringkat ini. Jangkamasa tanda-tanda ini timbul bergantung kepada individu. Jika individu yang positif HIV tidak mendapatkan rawatan, ia akan mengambil purata 8-10 tahun daripada HIV kepada AIDS.
CDC Amerika Syarikat mendefinasikan AIDS di kalangan orang dewasa and remaja yang berumur 13 tahun ke atas dengan kewujudan satu atau lebih dari 26 penyakit yang menandakan pemendaman sistem daya pertahanan immunosuppression teruk dikaitkan dengan jangkitan HIV, seperti pneumocystis carinii pneumonia (PCP), satu keadaan yang amat jarang di kalangan mereka yang sihat tanpa jangkitan HIV. Kebanyakan keadaan ditakrifkan sebagai AIDS juga merupakan "jangkitan mengambil peluang" yang jarang mendatangkan bahaya pada orang yang sihat. Diagnosis AIDS juga diberikan kepada individual dijangkiti HIV apabila kiraan sel-T CD4+ jatuh di bawah 200 sel/millimeter padu (mm3) darah. Orang dewasa sihat biasanya mempunyai bilangan sel-T CD4+ sekitar 600-1,500/mm3 darah. Bagi kanak-kanak dijangkiti HIV di bawah umur 13 tahun, takrifan CDC bagi AIDS adalah sama dengan remaja dan dewasa, kecuali dengan tambahan jangkitan yang biasa dilihat bagi pesakit kanak-kanak dengan HIV.
Secara ringkas, apabila sistem pertahanan tubuh dilumpuhkan oleh penyakit AIDS/HIV, tanda-tandanya termasuk:
  •   Terlalu lemah dan lesu
  •   Penurunan berat badan yang mendadak
  •   Demam panas yang kerap
  •   Peluh malam
  •   Kelenjar limfa membengkak
  •   Ruam kulit dan ulser pada permukaan mukosa. Contoh : lapisan dalam mulut
  •   Cirit-birit yang kronik
  •   Batuk kronik
  •   Hilang ingatan
  •   Jangkitan teruk yang tidak dapat dirawat
Cara sebaran
HIV/AIDS dapat disebarkan melalui cecair badan:
  • Perhubungan seks tanpa kondom
  • Penerimaan darah yang tercemar 
  • Perkongsian jarum suntikan dadah
  • Dari ibu ke anak semasa mengandung atau pelahiran atau menyusu
HIV/AIDS tidak boleh disebarkan sekadar melalui:
  • Perciuman atau berpeluk
  • Pergaulan harian di tempat awam seperti di sekolah atau tempat kerja
  • Makan di restoran atau membeli-belah di pasaraya
  • Berenang di kolam renang awam
  • Gigitan nyamuk atau serangga lain
Khatan dan kesannya
Dalam beberapa kajian yang dijalankan, terutamanya di Afrika, terdapat penemuan bahawa berkhatan mengurangkan kadar penyebaran AIDs dan barah pangkal rahim. Bagaimanapun berkhatan tidak menghapuskan risiko tersebut 100%. Hasil kajian tersebut turut diiktiraf oleh program Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan UNAIDS hasil 3 kajian klinikal yang membuktikan lelaki yang berkhatan mempunyai 50% hingga 60% kurang risiko berbanding lelaki tidak berkhatan bagi dijangkiti HIV semasa hubungan seks berkelamin (tidak termasuk hubungan gay). Sebaliknya sesetengah pejuang hak wanita pula mendakwa ia mampu memburukkan kadar penularan dikalangan wanita. Sebahagian yang lain pula merasakan berkhatan tidak memberi kesan kepada penyebaran AIDs, bagaimanapun tidak tanpa bukti kajian klinikal bagi menyokong dakwaan mereka

ROKOK

arak1
Rokok adalah silinder dari kertas berukuran panjang antara 70 hingga 120 mm (bervariasi tergantung negara) dengan diameter sekitar 10 mm yang berisi daun-daun tembakau yang telah dicacah. Rokok dibakar pada salah satu ujungnya dan dibiarkan membara agar asapnya dapat dihirup lewat mulut pada ujung lainnya.
Rokok biasanya dijual dalam bungkusan berbentuk kotak atau kemasan kertas yang dapat dimasukkan dengan mudah ke dalam kantong. Sejak beberapa tahun terakhir, bungkusan-bungkusan tersebut juga umumnya disertai pesan kesehatan yang memperingatkan perokok akan bahaya kesehatan yang dapat ditimbulkan dari merokok, misalnya kanker paru-paru atau serangan jantung (walaupun pada kenyataannya itu hanya tinggal hiasan, jarang sekali dipatuhi).
Manusia di dunia yang merokok untuk pertama kalinya adalah suku bangsa Indian di Amerika, untuk keperluan ritual seperti memuja dewa atau roh. Pada abad 16, Ketika bangsa Eropa menemukan benua Amerika, sebagian dari para penjelajah Eropa itu ikut mencoba-coba menghisap rokok dan kemudian membawa tembakau ke Eropa. Kemudian kebiasaan merokok mulai muncul di kalangan bangsawan Eropa. Tapi berbeda dengan bangsa Indian yang merokok untuk keperluan ritual, di Eropa orang merokok hanya untuk kesenangan semata-mata. Abad 17 para pedagang Spanyol masuk ke Turki dan saat itu kebiasaan merokok mulai masuk negara-negara Islam.
Telah banyak riset yang membuktikan bahwa rokok sangat menyebabkan ketergantungan, di samping menyebabkan banyak tipe kanker, penyakit jantung, penyakit pernapasan, penyakit pencernaan, efek buruk bagi kelahiran, dan emfisema.

Jenis rokok

Rokok dibedakan menjadi beberapa jenis. Pembedaan ini didasarkan atas bahan pembungkus rokok, bahan baku atau isi rokok, proses pembuatan rokok, dan penggunaan filter pada rokok.
Rokok berdasarkan bahan pembungkus.
  • Klobot: rokok yang bahan pembungkusnya berupa daun jagung.
  • Kawung: rokok yang bahan pembungkusnya berupa daun aren.
  • Sigaret: rokok yang bahan pembungkusnya berupa kertas.
  • Cerutu: rokok yang bahan pembungkusnya berupa daun tembakau.
Rokok berdasarkan bahan baku atau isi.
  • Rokok Putih: rokok yang bahan baku atau isinya hanya daun tembakau yang diberi saus untuk mendapatkan efek rasa dan aroma tertentu.
  • Rokok Kretek: rokok yang bahan baku atau isinya berupa daun tembakau dan cengkeh yang diberi saus untuk mendapatkan efek rasa dan aroma tertentu.
  • Rokok Klembak: rokok yang bahan baku atau isinya berupa daun tembakau, cengkeh, dan kemenyan yang diberi saus untuk mendapatkan efek rasa dan aroma tertentu.
Rokok berdasarkan proses pembuatannya.
  • Sigaret Kretek Tangan (SKT): rokok yang proses pembuatannya dengan cara digiling atau dilinting dengan menggunakan tangan dan atau alat bantu sederhana.
  • Sigaret Kretek Mesin (SKM): rokok yang proses pembuatannya menggunakan mesin. Sederhananya, material rokok dimasukkan ke dalam mesin pembuat rokok. Keluaran yang dihasilkan mesin pembuat rokok berupa rokok batangan. Saat ini mesin pembuat rokok telah mampu menghasilkan keluaran sekitar enam ribu sampai delapan ribu batang rokok per menit. Mesin pembuat rokok, biasanya, dihubungkan dengan mesin pembungkus rokok sehingga keluaran yang dihasilkan bukan lagi berupa rokok batangan namun telah dalam bentuk pak. Ada pula mesin pembungkus rokok yang mampu menghasilkan keluaran berupa rokok dalam pres, satu pres berisi 10 pak. Sayangnya, belum ditemukan mesin yang mampu menghasilkan SKT karena terdapat perbedaan diameter pangkal dengan diameter ujung SKT. Pada SKM, lingkar pangkal rokok dan lingkar ujung rokok sama besar.
Sigaret Kretek Mesin sendiri dapat dikategorikan kedalam 2 bagian :
  1. Sigaret Kretek Mesin Full Flavor (SKM FF): rokok yang dalam proses pembuatannya ditambahkan aroma rasa yang khas. Contoh: Gudang Garam International, Djarum Super dan lain-lain.
  2. Sigaret Kretek Mesin Light Mild (SKM LM): rokok mesin yang menggunakan kandungan tar dan nikotin yang rendah. Rokok jenis ini jarang menggunakan aroma yang khas. Contoh: A Mild, Clas Mild, Star Mild, U Mild, L.A. Lights, Surya Slims dan lain-lain.
Rokok berdasarkan penggunaan filter.
Dilihat dari komposisinya : - Bidis Tembakau yang digulung dengan daun temburni kering dan diikat dengan benang.Tar dan karbon monoksidanya lebih tinggi daripada rokok buatan pabrik. Biasaditemukan di Asia Tenggara dan India.2. - Cigar Dari fermentasi tembakau yang diasapi, digulung dengan daun tembakau. Adaberbagai jenis yang berbeda di tiap negara. Yang terkenal dari Havana, Kuba.3. - Kretek
Campuran tembakau dengan cengkeh atau aroma cengkeh berefek mati rasa dansakit saluran pernapasan. Jenis ini paling berkembang dan banyak di Indonesia.4.
- Tembakau langsung ke mulut atau tembakau kunyah juga biasa digunakan di AsiaTenggara dan India. Bahkan 56 persen perempuan India menggunakan jenis kunyah. Adalagi jenis yang diletakkan antara pipi dan gusi, dan tembakau kering yang diisap denganhidung atau mulut.5. - Shisha atau hubbly bubbly Jenis tembakau dari buah-buahan atau rasa buah-buahanyang disedot dengan pipa dari tabung. Biasanya digunakan di Afrika Utara, TimurTengah, dan beberapa tempat di Asia. Di Indonesia, shisha sedang menjamur seperti dikafe-kafe

Sunday, 17 June 2012

Aktiviti Kami pada Minggu ini.

. Assalammualaikum ..

. Syukur Alhamdulillah, kelmarin pada tanggal 16 Jun 2012, kami pengawas-pengawas Pendidikan Pencegahan Dadah ( PPDa ) dan pengawas-pengawas pembimbing rakan sebaya telah bergotong royong membersihkan bilik kaunseling dan menyiapkan lorong PPDa kami ..

. buat masa ini, dalam 50% loromg PPDa telah kami siapkan dan cantikkan .. nanti kami akan post lan gambar-gambar kami semasa menyiapkan lorong PPda kami ..







Monday, 28 May 2012

Aktiviti PPDa

Pertandingan Model
Pertandingan Membuat Sajak
 Pertandingan Melukis Poster
Pertandingan Folio
Pertandingan Membuat Penanda Buku

Friday, 11 May 2012

DADAH MUSUH NEGARA.

TAKRIF DADAH.

** Kementerian Pendidikan Malaysia telah memberikan takrif Dadah iaitu :

semua jenis dadah berbahaya yang terkandung dalam jadual pertama akta dadah berbahaya 1952 ( pindaan 1980 / pindaan 1988 ) dengan pindaan-pindaan yang berkaitan dengannya, dalam semua bentuk ( pepejal dan cecair ).

** Sumber : Kamus Dewan Dan Pustaka.
** Dadah : Sejenis madat yang digunakan dalam bidang perubatan. Contohnya, heroin, morfin, ganja dan MX. Penyalahan dadah kini ialah penyalahgunaan dadah oleh belia.

CIRI-CIRI DADAH. 

** Dadah ialah sejenis psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri berikut :

1. Mempunyai kesan paling ketara kepada sistem saraf pusat ( otak dan saraf tunjang ) .
2. Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya salah.
3. Diperolehi secara salah.
4. Mendatangkan kesan-kesan buruk atau bahaya keatas kesihatan badan dan fungsi sosial.